Thursday, November 14, 2013

Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Subhanallah...
Alhamdulillah.... 
Allahuakbar...

Sahabat, teman, kawan , friends, sodiqi, bestiess….

Simple word but very very very deep meaning…

Tetibe rase nak cakap pasal kawan, kenape ek? Entahlah, maybe sebab something yang berlaku sejak akhir-akhir ni kot…

sedar atau tak kawan adalah orang yang banyak kita habiskan masa dengan dia
especially as a student yang duduk jauh  berkilo-kilo meter dari mak ayah
kalau yang roommate tu 24 jam tengok muka dia…

tapiiiii apa peranan kita sebagai seorang sahabat???
ada satu kata-kata yang sangat menyentapkan hati..

“sahabat yang baik adalah sahabat yang sering menegur dan menasihati dan yang paling penting apabila kita bersamanya  akan membuatkan kita selalu mengingati Allah”


dan terus terfikir, aku ni kawan yang macam mana ek ?
kawan yang just ajak tengok movie sama-sama je ke? Kawan yang just ajak keluar main bowling sama-sama je ke?
Atau aku ni kawan yang ajak kawan aku tadabbur quran,solat berjemaah dan pergi usrah?

Dan aku terus dan terus berfikir  kadang-kadang kita nak ajak kawan kita nak buat baik punyalah malu,punyalah susah kan?
Tapi kalau nak ajak kawan kita tengok korea sama-sama,keluar shopping sama-sama senang je kan?

Kadang-kadang kita tengok benda ni macam benda remeh je kn tapi bila pertama kali aku baca kata-kata kat atas tu buat aku terus tersentap ( * dushhhhh kena kat atas muka )

Dan terus lagi berfikir (banyak no fikir )

 Aku nak menjadi seorang sahabat yang boleh membawa kawan-kawannya ke syurga
Aku nak menjadi seorang sahabat yang bukan sahaja boleh menggembirakan kawannya di dunia tapi juga menggembirakan kawannya di akhirat
Aku nak menjadi kawan yang boleh sama-sama memimpin tangan ke taman-taman syurga

Apa yang aku perlu buat???
Jawapannya, muhasabah diri, perbaiki diri, tingkatkan iman dan mohon pada Allah supaya diri ini  boleh menjadi seorang sahabat yang boleh mendekatkan kawannya kepada Ya Rabb, pencipta seluruh alam, kekasih sejati kepada seluruh manusia

* Jom sama-sama pimpin tangan ke syurga Allah
Ukhuwah itu sweet :)


sori melalut ,huhu :)
Allah is always with us

Zinnirah :)



2 comments:

  1. teruskan berlari teruskan perjuanganmu sahabat!! insha allah,Allah akan mudahkan urusanmu =)

    ReplyDelete
  2. tenx sahabat, jom sama-sama kita berlari ke syurga Allah :)

    ReplyDelete