Wednesday, July 24, 2013

Bola dan Pin

assalamualaikum
apa khabar semua?
fizikal dan spiritual kalian bagaimana?
harap semuanya sihat2 belaka :)

dah lama tak cakap perkataan ni:


"tahniah! anda terpilih untuk bersama2 dalam usrah kecil ini :'D
walaupun kecil, tapi bersama kita ada jiwa2 besar yg saling berkasih sayang kerana Allah
semoga setiap saat kita bersama ini, mendapat rahmat dan redha Nya"  


melor ada cerita kedua pula..
ohh, yang cerita pertama tu, Marliana je ke yg respon?
hmm..
okay :) yang lain hutang kan..
bayar kat bulatan kita nnti ye :D



# hari ke-16 di bulan ramadhan

~semasa latihan boling~

bola oren : wow! hebatlah kau, bola biru!! asyik strike je..

bola biru : alhamdulillah..tuan aku setiap hari bersihkan aku sungguh2..kau tahu kan yang kita ni cepat lekat habuk?

bola oren : oh, lupa..nanti aku nak cadangkan kat tuan aku la :D

bola biru : ha, lagi satu..tuan aku ada bgtau siapa 10 pin yg aku kena jatuhkan tu..diorang tu sangat jahat dan kuat! jd, aku kena jadi lebih kuat dan berani untuk tumpaskan diorang dengan jayanya!

bola oren : ohh, patutlah hari2 kau datang sini..kau berlatih untuk jd lebih hebat dari diorang! :D

bola biru : ye la, kan masa latihan tinggal lagi beberapa hari je lagi..aku kena la lebih bersemangat!
^0^

................................................................


kawan2,
hati ini macam bola boling juga.. cepat lekat habuk..setiap kali ia bergolek atas lane, minyak2 kat lane tu akan melekat pada bola tu..sebab itulah bola boling perlu dibersihkan setiap hari..
serupa macam hati kita..kalau tak dibersihkan, tidak dijaga dengan rapi, pasti daki2 kejahatan dengan mudahnya melekat pada hati kita..

sahabat2,
ingat lagi tak suatu masa dulu, kita pernah bakar 'jahiliyah' kita? kita bakar dengan penuh semangat!
kita harap sangat supaya 'jahiliyah' lalu tidak diulang dan tidak menghantui hidup kita..
ya, itulah 'jahiliyah'.
ia sama seperti pin boling yang perlu kita tumbangkan! semakin banyak yang berjaya ditumbangkan, semakin tinggi score yang kita dapat..

dan hanya bola yang bagus sahaja yang mampu menjatuhkan kesepuluh-sepuluh pin tersebut.
semua orang pasti teringin nak jadi tuan kepada bola biru.. strike stiap masa.. score pun tinggi :’D 
siapa kata tak boleh?
BOLEH!!
kita yang buat pilihan. kalau nak strike, nak score yg tinggi dan nak menang pertandingan ini, kenalah jadikan bola kita sehebat bola biru! :D

jadi, apa tunggu lagi?!!

JoM!

kita sama-sama bersihkan bola hati kita supaya lebih berkilat, hebat dan kuat!
agar ia berjaya menjatuhkan kesemua pin jahiliyah kita,
di pertandingan yg sebenar nanti. ^0^

waktu itu, kita dengan bangganya akan bisik dengan nafsu masing-masing,
"yes, aku BerJayA!!"
^0^

.......................................................................
~sambungan~

tuan bola oren : bola aku tu dah kotor sangat, berlekuk-lekuk pulak tu..kau rasa, masih boleh dibaiki lagi ke?

tuan bola biru : kau cuba dulu, kalau tak boleh juga, jom aku teman kau beli bola baru ^_^




Pesanan Imam al-Ghazali : 

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


ini dia, bola biru kita!!


#nanti naik sem baru, jom main boling!
^_^
lots of love,
Melor'13






Sunday, July 21, 2013

INI IMPIAN KITA

Selain ibu siapakah yang anda fikir paling hampir dalam hidup anda?Ya tentunya isteri...tapi dalam konteks hidup saya,isteri saya ialah MALRLIANA AMERIKA atau housemate saya,bakal peneman hidup di 2nd year..hahaha

"Namun saya selalu bermasalah dengan ISTERI saya....barangkali ada yang mengadu begini....hehehe

JOM BACA KISAH DI BAWAH:

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Khalifah Umar.Tujuannya untuk mengadu tentang perangai isterinya.Setelah sampai dan menunggu berapa ketika di hadapan pintu rumah Khalifah Umar,didengarnya isteri Khalifah Umar sedang marah2 tetapi khalifah tetap diam...Tidak sedikit pun khalifah menyahut...

Melihat keadaan itu lelaki itu bergegas pergi dan berkata kepada dirinya,,"Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti ini apalagi keadaanku"...

Namun sebaik sahaja hendak melangkah...Khalifah Umar keluar dan memanggilnya


"Apakah tujuan kedatanganmu?"

"Ya Amirul Mukminin,aku datang untuk mengadu tentang kelakuan isteriku.Dia sangat cerewet dan sering berkata kesat kepadaku.Tetapi apabila sampai di sini,aku dengar isteri tuan juga sama  seperti isteriku."

Khalifah Umar menjawab,"Aku tabah dan sabar menghadapi hal ini kerana dia telah menunaikan kewajipan dgn baik terhadapku.Dialah yang memasak makanan untukku,dialah yang membuat rotiku,dialah yang mencuci pakaianku,dialah yang menyusukan anak-anakku padahal itu bukan merupakan kewajipan kepadanya."


"Dan dialah yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan perbuatan haram.Kerana itu aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakan mengenai diriku!"

Lelaki itu menyahut,"Ya Amirul Mukminin,Demikian juga dengan isteriku"

Kemudian Khalifah Umar menasihatinya,"Saudara bersabarlah menghadapi isterimu,kerana keadaan ini hanyalah sebentar sahaja."


LAUTAN mana yang tidak bergelora?
BUMI mana yang tidak ditimpa hujan?

Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..

ISUNYA bukan soal lidah tergigit atau tidak...

ISUNYA..kita tidak pernah tahu apakah impian housemates kita...dan housemates kita tidak pernah tahu impian kita....Kita satu rumah tapi impian kita lain-lain!

Justeru agar rezeki lebih mudah datang,IMPIAN kita harus diselaraskan...Tugas saya adalah untuk meyakinkan housemates saya bahawa "IMPIAN INI IMPIAN KITA BERSAMA"

Apabila mengenali MARLIANA,baru lah saya tahu,kami banyak persamaan dari segi pemikiran,hala tuju dan sikap....berpeluang mengenali dirinya dengan lebih dekat merupakan satu rahmat untuk diriku...

SESUNGGUHNYA perancanganMU adalah sebaik-baik perancang untuk diriku...

Mcm mana Marliana Amerika,sayang baru saya...terharu tak?!

saya rasa KOSONG

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi…

First, sori for ‘buatbuattaktahuapakorangcakapselamaini’ .

Saje je nak buat korang rindu lebih lebih kat saya..eheh


And I’m sorry as I’m really not good at turning what I think into a writing…just bear it please


Ok,back to the title…


Hmmmmmmmmmmm………….



Saya tak tahu nak cakap macam mana. 


tapi.............




Saya rasa macam ada sesuatu hilang dari diri saya tapi saya tak tahu apa ‘sesuatu’ tu.







 Dalam rasa macam tu, saya rasa jugak yang mungkin saya baru sedar yang saya tak pernah dapat pun that ‘sesuatu’ and now I’m searching for it.




Searching with no map…

Or GPS…
Or guide…
that time...


And I keep trying to search when I don’t even know how to start.
For sure, it’s hard..you know that so well… right??




















I’m breaking…
Tearing…
Madding..
Baffling…
and….
    Crying…        
and crying….
It’s like no end..










Sampai saya tertanya-tanya…


Saya bukan budak jalanan yang jahil pasal agama, iman , islam…


Yang bila tersedar…belajar dari A-Z


Dan jadik orang baik..betul-betul baik


Tapi saya, (kita-bagi yang rasa dia jugak dalam kasut yang sama dengan saya)


Belajar agama..


Tahu hukum hakam…


Diajar seajar-ajarnya


Paling kurang pun, dah tahu sampai ‘H’ atau ‘M’. Tinggal nak terus
 perjalanan pegi ‘Z’ aje..

Tapi susah sangat sebenarnya.....




                                               uftttt.....tarik nafas........hmmmppphhhh


















Untuk teruskan perjalanan tu…bila..


Bila terasa macam dikelilingi magnet yang pelbagai..
‘Magnet’ yang tak diketahui sumbernya
Apatah lagi kualitinya..





ok stop..ada benda tu kita tak kuat untuk kongsi bersama kan??
















 now, RAMADHAN…



Praying……wishing….hoping……for the new ‘me’.


Awal-awal puasa lagi pun, I was mad like crazy…
Di bulan Ramadhan yang mana semua syaitan diikat..
Buat saya terfikir…




Am I that bad???





 For not being able to keep that anger or whatsoever that kind of thingy just inside me..
Without being pushed by syaitan…


I lost…terribly

That time.. right now
Saya betul betul rasa nak balik zaman sekolah balik..


Zaman yang saya boleh buat perkara yang saya PERLU dan MAHU buat..


Yang mana zaman yang tak ada gangguan


Atau apa apa magnet jahat pun yang menarik narik saya..


Yang hanya buat saya boleh buat perkara saya MAHU saja..



             tapi saya bukan lagi budak sekolah untuk fikir macam tu dan sebenarnya sekolah tu pun mencabar


Tapi, at last saya tahu


Apa sebenarnya yang saya HILANG..


Apa sebenarnya yang saya tak pernah MILIKI


Apa sebenarnya yang saya PERLU


Apa sebenarnya yang saya MAHU..




Dan…




Saya hanya perlu mengikut AL-QURAN & AS-SUNNAH


Saya tahu itu..


Dan sungguhlah HATI tu ALLAH YANG PEGANG



Jangan pernah raguinya…

Keep striving for MARDHOTILLAH..


~me~
 p.s: sori..first time tulis blog and i'm bad at it



Tuesday, July 16, 2013

Subway Surfer

assalamualaikum!!!!





sblum itu, sy mnta maaf, entry saya bersyukur masuk Usim, tapi... part 2 blum dpt di sambung. saya tk tau nak susun ayat macam mana. Sebab tu luahan hati saya. Kan bagus kalau ada mesin taip dalam hati. Ni buat ayat nak kena transfer ke otak dulu kekeke (alasan)


tp serius la. memang tga pening nk susun ayat.
(muka serius)


ok. sebelum tu nk mengulas entry melor. mungkin berkait dengan entry saya. kut.. eh taklah. eh betul lah!! suke hati lah nak ckp berkait ke tak.



ape yg sy faham dlm entry melor, emmmm haha. truskn berusaha kut. berusaha beribadah. bru sminggu puasa, belum trlambat.andai kata sminggu puasa ni kta kurg ibadah, jgn ptuih asa, ad lg 3 minggu bro 

ayo semangat!


orite,





tentang subway surfer.


iya game ini dong.

tk igt?

game ini,


GAME LARI2 AMEK COIN INI


sy harap semua prnah main walaupun sekali.





sebenarnya ini lebih kepda personal.


perasaan sy bila main,




bg saya, dlm subway surfer ni. saya mesti amek coin no matter what!!!sebab bila ada coin, bleh bli byk bnda mahal.



coin.




tnpa sdr, dlm game ini, kita akn gerak ikut arah coin.



klo coin tu atas train, kite panjat



klo coin tu kt bwh kte cepat2 trun,




klo coin tu kanan, tbe2 kiri, kelam kabut kte grakkan org kite utk amek gk koin tu !




pstu mcm saya, sy kagum. waah gila ah aku. sggup amek. cewah.



lps tu pling best bile dpt ni :

sebab secara tk lgsung nya akan dpt kumpul koin lbih byk tnpa gangguan. begitu juga kalau dpt kuasa magnet.



sebenarny, bila sy main, sy pernah terfikir...






Coin ni macam pahala lah!!! Kenapa aku leh sanggup amek koin ni? Kenapa aku takleh wat pahala camtu?? Kutip!!! Kutip pahala!!! Kutip!!! kenapa aku tkleh wat cmtu?? Kutip koin bleh.







maybe for some of you, this is just a game. but for a gamer like me, i play it several times a day.





sebab tu terfikir kut.



then, ramadhan an.



pahala berganda2.



sy bygkan, mcm bila dapat power 2x dlm subway surfer.


kita punya gandaan akan meningkat. bukan 2x, tp tak tau la brape kali tah. banyak sgt.




dalam subway surfer, dgn kuasa gandaan 2x itu, markah kita akan meningkat sebanyak-banyaknya berbanding tiada gandaan.



samalah macam bulan puasa kan???? Terfikir jugak. Contoh solat jemaah tu, 27 kali ganda. Habis time ramadhan???
terkuja. (terkejut+teruja)



tk kisa sbnry ramadhan ke tk..




tp sedarkah kita, sebenanry klo kita niat baik, kita g mana2 pn, stiap lgkah kita , kita bleh automatically kutip pahala




lg stu, cm kawan sy mse sek, amalina.



dlu kn, form 5 la. kt marikh dlu, jln ngn dy ttbe ade smpah kt koridor.



seorang marliana mesti la wat wodo je haha


pastu amalina berbunyi sambil tunjuk ke arah sampah.


"Tu!!!! Tu!!!! Pahala!!! SApe nak???!!!! Cepat amek marliana!!!!Cepat!!!!!!" 





mula-mula saya blur dan ketawe. tah pape lah ko ni amalina.




pastu dy menekankan.



tu sampah tu. pahala kt situ. amek!!!



saya ameklah. buang. haha




apasal ko sendri tk amek amalina???Pahale tu.



amalina jawab 


"menyuruh pun dapat pahala. hehe"




jd kesimpulannye..



marilah berusaha mengutip pahala.




cm kite mandi, kite makan, klo niat krana Allah dpt phale kan?





benda kecik2, tp kite tk igt kn T_T




smpai kn sume org igt, pahala tu atas sejadah je. tk pun dpan kaabah. tk pn puase.





sbnanry berlambak. bersukan, niat kerana Allah, pahala. in syaa Allah.





hah!!! jom kita cuba!!!




igt, 'datuk masih baling duit'









ayuh!

-Marliana Amerika


(pesanan tentang kucing)

Mueeza ialah kucing kesayangan nabi Muhammad kita :)

Kuatkan Semangat!!


assalamualaikum, tautan hati ^_^

rindu la

rindu dengan gelagat masing2 waktu pilih siapa nak jadi m/c
rindu berkongsi luahan rasa
rindu mendengar dan menghayati kisah nabi dan sahabat2
rindu menonton heart-touching video

dan sangat rindu
nak berkasih sayang dalam bulatan :')

harini, Melor ada cerita sikit..


# hari ke-8 di bulan ramadhan

~cerita di bulan sya’ban~

abu: dengar cerita, bulan depan, Datuk yg tinggal kat hujung lorong tu nak baling duit sebanyak-banyaknya..
ali: oh yeah?!! (terus berlari ke dalam rumah)
abu: kau nak ke mana tu?
ali : aku nak sediakan guni besar dan kasut sukan baru!!(sambil menjerit)

~cerita di bulan ramadhan~

pooonnnn!!!!LARIAN bermula!!

*kawan2, 
mungkin kita tak ingat 
bahawa kita pernah ada keinginan yg kuat 
untuk berlari bersama ali...

siap berlatih berlari siang malam 
hanya untuk menjadi orang pertama 
yang mengisi guni dengan duit yg Datuk tu nak bagi..

sekarang, 
cuba lihat guni masing-masing..
adakah berbaloi kita beli kasut mahal2 untuk larian ini 
tetapi hanya sedikit duit yg masuk dalam guni kita?

BANGUN!! 
baru hari ke-8 ni..
jangan putus asa lagi!!
Datuk masih lagi disitu membaling wangnya!!

apa tunggu lagi...
kemaskan ikatan kasut anda dan terus ke hujung lorong!
kerana sudah pasti anda tidak mahu pulang dengan guni kosong~
^_^






*conclusionnya apa?

ok, anda semua kena comment conclusion apa yg anda dapat dr cerita ini :)
tak pon, beri conclusion melalui post yg baru :D

akhir kalam,
melor nak share
sepotong ayat utk dihayati bersama :')

"As for those who strive hard in Our cause, We will surely guide them to Our path."
(29:69)


lots of love,
Melor'13

Monday, July 15, 2013

Daripada Dihina Jadi Mulia

Saya diizinkan Allah untuk melihat skrip hidup seorang penagih dadah tegar.Saya mendengar dari mulutnya sendiri bahawa sepanjang hidupnya hanya sempat bekerja selama 3 bulan shj.Katanya dia tinggal sebatang kara…umurnya kini sudah melepasi 50 tahun…Sepanjang berpuluh tahun kehidupannya itu,dirinya tidak ubah seperti haiwan.Begitulah luahannya.Dia tidak kenal apa erti milik orang.Semua seolah2 miliknya sendiri.Semuanya untuk memenuhi tuntutan nafsu terhadap najis dadah.Pelbagai dosa kecil dosa besar telah dilakukannya..Keluar masuk pusat pemulihan berkali2 namun hidupnya masih begitu…

Sehinggalah satu hari dia ditakdirkan bertemu dgn ustaz.Bersama ustaz tersebut dia dibimbing untuk mengutamakan  solat.Maka berlatihlah dia menunaikan  solat pada waktunya,khususnya secara berjemaah di masjid dan surau…

Kekuatan jiwanya kian meningkat sehingga mampu berpuasa sunat tiga bulan berturut2,iaitu Rejab,Syaaban dan Ramadhan.Bukan kekuatan jiwanya sahaja yang meningkat malah rezekinya juga begitu.Kini dia dilantik menjadi siak di sebuah surau.Diberi pula sebuah bilik dengan keperluan asasnya dan juga menerima sejumlah wang stp bulan daripada  baitulmal..Namanya kini harum sebagai orang yang boleh dipercayai.Semua ini berlaku dalam tempoh masa yang sangat singkat….

BETAPA MUDAHNYA ALLAH MEMULIAKAN SESEORANG DENGAN SEBAB TAKWA

Dari saya:aishah