Wednesday, July 24, 2013

Bola dan Pin

assalamualaikum
apa khabar semua?
fizikal dan spiritual kalian bagaimana?
harap semuanya sihat2 belaka :)

dah lama tak cakap perkataan ni:


"tahniah! anda terpilih untuk bersama2 dalam usrah kecil ini :'D
walaupun kecil, tapi bersama kita ada jiwa2 besar yg saling berkasih sayang kerana Allah
semoga setiap saat kita bersama ini, mendapat rahmat dan redha Nya"  


melor ada cerita kedua pula..
ohh, yang cerita pertama tu, Marliana je ke yg respon?
hmm..
okay :) yang lain hutang kan..
bayar kat bulatan kita nnti ye :D



# hari ke-16 di bulan ramadhan

~semasa latihan boling~

bola oren : wow! hebatlah kau, bola biru!! asyik strike je..

bola biru : alhamdulillah..tuan aku setiap hari bersihkan aku sungguh2..kau tahu kan yang kita ni cepat lekat habuk?

bola oren : oh, lupa..nanti aku nak cadangkan kat tuan aku la :D

bola biru : ha, lagi satu..tuan aku ada bgtau siapa 10 pin yg aku kena jatuhkan tu..diorang tu sangat jahat dan kuat! jd, aku kena jadi lebih kuat dan berani untuk tumpaskan diorang dengan jayanya!

bola oren : ohh, patutlah hari2 kau datang sini..kau berlatih untuk jd lebih hebat dari diorang! :D

bola biru : ye la, kan masa latihan tinggal lagi beberapa hari je lagi..aku kena la lebih bersemangat!
^0^

................................................................


kawan2,
hati ini macam bola boling juga.. cepat lekat habuk..setiap kali ia bergolek atas lane, minyak2 kat lane tu akan melekat pada bola tu..sebab itulah bola boling perlu dibersihkan setiap hari..
serupa macam hati kita..kalau tak dibersihkan, tidak dijaga dengan rapi, pasti daki2 kejahatan dengan mudahnya melekat pada hati kita..

sahabat2,
ingat lagi tak suatu masa dulu, kita pernah bakar 'jahiliyah' kita? kita bakar dengan penuh semangat!
kita harap sangat supaya 'jahiliyah' lalu tidak diulang dan tidak menghantui hidup kita..
ya, itulah 'jahiliyah'.
ia sama seperti pin boling yang perlu kita tumbangkan! semakin banyak yang berjaya ditumbangkan, semakin tinggi score yang kita dapat..

dan hanya bola yang bagus sahaja yang mampu menjatuhkan kesepuluh-sepuluh pin tersebut.
semua orang pasti teringin nak jadi tuan kepada bola biru.. strike stiap masa.. score pun tinggi :’D 
siapa kata tak boleh?
BOLEH!!
kita yang buat pilihan. kalau nak strike, nak score yg tinggi dan nak menang pertandingan ini, kenalah jadikan bola kita sehebat bola biru! :D

jadi, apa tunggu lagi?!!

JoM!

kita sama-sama bersihkan bola hati kita supaya lebih berkilat, hebat dan kuat!
agar ia berjaya menjatuhkan kesemua pin jahiliyah kita,
di pertandingan yg sebenar nanti. ^0^

waktu itu, kita dengan bangganya akan bisik dengan nafsu masing-masing,
"yes, aku BerJayA!!"
^0^

.......................................................................
~sambungan~

tuan bola oren : bola aku tu dah kotor sangat, berlekuk-lekuk pulak tu..kau rasa, masih boleh dibaiki lagi ke?

tuan bola biru : kau cuba dulu, kalau tak boleh juga, jom aku teman kau beli bola baru ^_^




Pesanan Imam al-Ghazali : 

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


ini dia, bola biru kita!!


#nanti naik sem baru, jom main boling!
^_^
lots of love,
Melor'13






No comments:

Post a Comment