Sunday, July 21, 2013

INI IMPIAN KITA

Selain ibu siapakah yang anda fikir paling hampir dalam hidup anda?Ya tentunya isteri...tapi dalam konteks hidup saya,isteri saya ialah MALRLIANA AMERIKA atau housemate saya,bakal peneman hidup di 2nd year..hahaha

"Namun saya selalu bermasalah dengan ISTERI saya....barangkali ada yang mengadu begini....hehehe

JOM BACA KISAH DI BAWAH:

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Khalifah Umar.Tujuannya untuk mengadu tentang perangai isterinya.Setelah sampai dan menunggu berapa ketika di hadapan pintu rumah Khalifah Umar,didengarnya isteri Khalifah Umar sedang marah2 tetapi khalifah tetap diam...Tidak sedikit pun khalifah menyahut...

Melihat keadaan itu lelaki itu bergegas pergi dan berkata kepada dirinya,,"Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti ini apalagi keadaanku"...

Namun sebaik sahaja hendak melangkah...Khalifah Umar keluar dan memanggilnya


"Apakah tujuan kedatanganmu?"

"Ya Amirul Mukminin,aku datang untuk mengadu tentang kelakuan isteriku.Dia sangat cerewet dan sering berkata kesat kepadaku.Tetapi apabila sampai di sini,aku dengar isteri tuan juga sama  seperti isteriku."

Khalifah Umar menjawab,"Aku tabah dan sabar menghadapi hal ini kerana dia telah menunaikan kewajipan dgn baik terhadapku.Dialah yang memasak makanan untukku,dialah yang membuat rotiku,dialah yang mencuci pakaianku,dialah yang menyusukan anak-anakku padahal itu bukan merupakan kewajipan kepadanya."


"Dan dialah yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan perbuatan haram.Kerana itu aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakan mengenai diriku!"

Lelaki itu menyahut,"Ya Amirul Mukminin,Demikian juga dengan isteriku"

Kemudian Khalifah Umar menasihatinya,"Saudara bersabarlah menghadapi isterimu,kerana keadaan ini hanyalah sebentar sahaja."


LAUTAN mana yang tidak bergelora?
BUMI mana yang tidak ditimpa hujan?

Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri..

ISUNYA bukan soal lidah tergigit atau tidak...

ISUNYA..kita tidak pernah tahu apakah impian housemates kita...dan housemates kita tidak pernah tahu impian kita....Kita satu rumah tapi impian kita lain-lain!

Justeru agar rezeki lebih mudah datang,IMPIAN kita harus diselaraskan...Tugas saya adalah untuk meyakinkan housemates saya bahawa "IMPIAN INI IMPIAN KITA BERSAMA"

Apabila mengenali MARLIANA,baru lah saya tahu,kami banyak persamaan dari segi pemikiran,hala tuju dan sikap....berpeluang mengenali dirinya dengan lebih dekat merupakan satu rahmat untuk diriku...

SESUNGGUHNYA perancanganMU adalah sebaik-baik perancang untuk diriku...

Mcm mana Marliana Amerika,sayang baru saya...terharu tak?!

2 comments:

  1. :')
    sweetnye!!

    semoga Allah berkat persahabatan dua housemate baru ni..amin :')

    'sabar. itulah kuncinya'

    ReplyDelete
  2. alala.. terharunye jdi isteri kekeke. in syaa Allah. kite cube. n aku bsyukur sc kite ni pun open, tk pndg serong pape.. dga je mslh.. tme kasih sume..
    -marliana

    lebiu si penaip hehe

    ReplyDelete