Thursday, August 1, 2013

HARI INI MILIK ANDA



Apabila anda berada di waktu pagi hari,janganlah menunggu waktu petang,kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh sebab itu,kita tidak perlulah memikirkan hal kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya..Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang…



Hari yang saat ini matahari menyinari kita dan siangnya menyapa membuat kita mampu memandang alam sekitar.Itulah hari kita!maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya..Maka anggaplah masa hidup kita untuk hari ini sahaja atau seakan2 anda akan dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga..



Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit diantara dua kehidupan,masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi dan masa hadapan yang penuh  ketidakpastian dan seringkali menakutkan…




Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari sahaja..Dan pada hari inilah KITAharus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk,membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan semua yang Allah berikan,perhatikan terhadap alam sekitar,perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepad orang lain…



Untuk hari ini KITA haruslah membahagi waktu dengan bijak.Tanamkan kebaikan sebanyak-banyaknya,memelihara indahnya kehidupan,meminta ampunan dari pelbagai dosa yang dilakukan,mengingati Allah dan mempersiapkan diri untuk menghadapNya…



Terimalah semua yang Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur (AL-A’RAF:144)




Hiduplah anda pada hari ini tanpa kesedihan,kemarahan,kedengkian dan kebencian atau sakit hati…



Jangan lupa hendaklah kita mengukir sebuah tulisan dalam hati atau di meja kita:
“HARI INI ADALAH MILIKMU”




Apabila hari ini kita dapat makan nasi yang harum baunya,maka apakah kita masih terfikir tentang nasi yang basi yang telah kita makan kelmarin,yang akan membahayakan kesihatan kita?Mungkin anda terfikir nasi yang akan kita makan esok hari,padahal nasi tersebut masih dalam angan-angan…




“MASA HIDUPKU HANYA UNTUK HARI INI”
Prinsip inilah yang menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki diri sekaligus meningkatkan amalan dan membersihkan amal perbuatan…



Dan itu akan membuatkan kita berkata dalam hati:”Hanya hari ini aku berkesempatan mengatakan yang baik2 saja;tidak bercakap kotor dan menjijikkan;tidak mencela,mengherdik dan membicarakan  keburukan  orang lain.Hanya hari ini sahaja aku berkesempatan mengemas rumah.Dan kerana hari ini sahaja aku akan hidup,maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,kerapian penampilanku,kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku.

Kerana hari ini sahaja aku akan hidup,maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah,mengerjakan solat sesempurna mungkin,membekali diriku dengan solat2 sunat nafilah,berpegang teguh kepada al-Quran,mengkaji dan mencatat segala manfaat yang ada di dalamnya….



Aku hanya akan hidup hari ini,maka aku akan mengucapakan:”Wahai masa yang telah berlalu dan selesai,tenggelamlah sperti mataharimu.Aku tak akan  pernah menangisi permergianmu dan kamu tidak akan pernah  melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.Kamu telah meninggalkan kami semua pergi tidak kembali lagi…

“Wahai masa hadapan,engkau masih dalam keghaiban!Maka aku tak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk  sebuah dugaan.Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu…


HARI INI ADALAH MILIK KITA!!!


SEUNGGUL KHAULAH SEINDAH AISYAH

No comments:

Post a Comment