Monday, July 15, 2013

The owner of the beautiful eyes



 Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum sayang-sayangku semua,

Apa khabar? Semoga sayang-sayangku sentiasa berada di bawah lindungan illahi

Firstly, sebelum anda semua scroll down and baca post yang tak seberapa ni

Jom kita sama- sama berzikir jap...





Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat-sangat-sangat (tak terkira sampai infiniti syukurnya) sebab dikurniakan sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan hamba Allah yang selalu lalai ni


Terasa indah sangat tali ukhuwah yang Allah kurniakan ni..

sebelum ni ada kawan-kawan cakap

“indahnya persahabatan kalau persahabatn tu based on Allah"
 tapi tak faham pun apa maksud di sebalik kata-kata tu tapi sekarang bila Allah kurniakan tautan hati baru faham apa maksud kata-kata tu… terima kasih semua,hehe


Apa yang hang duk melalut ni, cepat la citer!!!!!!!

citer dia camni hari tu kan kita kena pilih nama samaran tapi saya tak tau nak pilih name ape pastu melor ada bagi idea


“ambil la name srikandi islam yang teguh hatinya sebab nanti bile2 rasa down, baca balik kisah dia iA akan jd kuat mcm dia jugak..pastu post kat blog" 
(hehe,terima kasih melor coz bagi idea nak tulis apa)


Pastu google la srikandi islam, cari pnye cari last last jumpa nama ni


Zinnirah… 


Cantik tak nama ni? Cantik kan? secantik hatinya yang selalu teguh dalam mempertahankan agama Allah..

Name ni biasa je,semua orang pernah dengar tapi saya je yang baru baca kisah hidup zinnirah ni, sedih kan?? Tapi tak ape, walaupun semua orang dah pernah baca tapi saya nak semua orang baca sekali lagi,hehe.. baca dan hayati betul-betul kisah hidup zinnirah ni ek..


Zinnirah ,mungkin tak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya. Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya.


Zinnirah ni adalah wanita mithali yang tak terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia tak cantik dan tak kaya. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.
 

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.
 

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

 

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.
 

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.
 

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
 

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.
 

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

 

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".
 

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
 

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....


sori la panjang, harap-harap semua dapat something daripada citer zinnirah ni...
that's all , luv u all.. selamat berpuasa :)
Allah is always with us :)
hadiah tuk semua     
Zinnirah :)


Mencari Encik Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t




Hello gadis-gadis comel dan jejaka-jejaka kacak sekalian. *cewah mcm ramai je follower. Apa khabar? Macam mana puasa korang. Semoga dipenuhi barakah.



" Barang siapa yang mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari - Muslim) 


Alhamdulillah kita masih lagi sempat jumpa bulan Ramadhan kali ini. Saya rasa sangat bersyukur sbb kali ini saya dpt dibukakan mata sebeliak-beliaknya tentang betapa istimewanya Ramadhan. Sebelum ini, bila cikgu cakap atau kawan-kawan bagitahu saya " Murid-murid semua, kita dah nak masuk bulan Ramadhan ni, harap dapat menghidupkankan Ramadhan ( kat sekolah panggil Ihya' Ramadhan  taksilap ) kerana Ramadhan adalah bulan yang mulia ". Saya pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. " Ok fine Ramadhan bulan mulia, lalalalala" lepas tu sambung gossip dengan kawan.

Tapi alhamdulillah haritu saya ada dengar tazkirah lepas maghrib tentang persediaan menghadapi Ramadhan dan jugak dia punya keistimewaan. Rasanya semua orang dah tahu Ramadhan ni bulan kat mana pahala tengah ada sale besar-besaran. Segala kebaikan digandakan pahala. Semua orang dah tahu kan. saya pun rasanya dah pernah dengar. Tapi kenapa entahlah malam tu saya rasa terpukul dan tertampar sebab macam tak pernah tahu pun.Tak tahu pun yang bulan Ramadhan ni pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Sedihnya. Sedih.

Ramadhan bulan mulia. MULIA!

kalau sogo buat sale besar-besaran mesti semua orang berebut-rebut nak beli


Alhamdulillah alhamdulillah. Sekarang saya tengah cuba nak tingkatkan amalan saya. Maaflah saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Kalau dulu lepas buka puasa perut pun kenyang then lepas tu mulalah malas nak sembahyang terawih. Malas sangat even syaitan dh kena ikat pun nafsu tak dapat nak kawal. Tapi sekarang alhamdulillah saya try ikut mak terawih dekat masjid.


Daripada Abu Hurairah Ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Sesiapa yang mendirikan solat ( Tarawih ) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Muslim) 


Tapi bila saya baca balik hadis tu " dengan penuh keimanan dan keikhlasan " cukup ikhlas ke saya ni dalam melakukan ibadah. Macam mana nak jadi ikhlas ye? Bukan ke ikhlas tu tak mengharapkan balasan. Tapi kalau mengharap pahala tu dah tak ikhlas ke. Macam mana ye? 

Hmmmm

Pastu saya ada tengok video ni. Rasanya semua orang dah pernah tengok.


"Never waste a single night of Ramadhan. After Ishya' Before Fajr, Except that you will pray at night which is recommended, bonus prayer, so we can achieve that reward. In Sha Allah "

Setiap malam saya cuba untuk bangun Qiamullail. Tapi setiap kali alarm bunyi je saya tekan SNOOZE! Wuaaaaa! Sedihnya dah berapa malam saya rugi, saya bazirkan. Saya tak pernah berjaya. Kenapa ye? Mungkin saya tak cukup ikhlas nak bangun malam. Hmm Ikhlas? 

Kadang-kadang rasa takut sangat jika amalan yang kita buat selama ni tak diterima Allah oleh kerana niat nak menunjuk, rasa nak tunjuk diri ni hebat walhal sebenarnya kita ini manusia biasa yang hina sedangkan segala nikmat datang daripada Allah.

Tetapi yang pastinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat di dalam hati saya dan hati awak semua sama ada hati kita ikhlas atau bosan dalam beribadah
. 
"Ikhlas diibaratkan sebagai seekor semut diatas batu yang gelap pada malam yang gelap di bawah cahaya bulan yang kelam. Ia sukar dilihat sukat dicari dan sukar dinilai. Hanya tuhan sajalah yang mampu menilai keikhlasan dalam diri kita. "

In Shaa Allah kita semua dapat mencuci dosa-dosa kita yang lalu. Semoga kita semua terus mencari keikhlasan dalam diri dan sentiasa berTAQWA.

Wallahualam.

Bunga.

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan & Taqwa ;)

Bismillah
Assalamualaikum


Ape khabar?
Mesti baik,alhamdulillah

Hrtu kan,,saya tgok satu video

Stories of Taqwa;)

Pasa suatu hari AmirulMukminin Umar AlKhattab RA bertanya kepada Ubay b Kaab, seorg shbt yg cukup hebat ilmu agamanya

"Wahai Ubay,apakah itu TAQWA? Jelaskan padaku"

"Ya AmirulMukminin,  engkau pernah tak lalui jalan yang berduri?
"Ya" jawab Umar RA
"Lalu apa yg engkau lakukan?"

"Aku angkat pakaianku, berjalan dengan berhati-hati agar aku tdak terkena duri-duri itu"
"Ya AmirulMukminin,, itulah TaQWA"

Sama juga,,jika kita sedang memandu. Tiba2 kita lalu satu kawasan yg kita tahu ada speedtrap. Apa kita akan buat?
Kita akan slowdown,sbb kita tahu ada kamera kt situ. Tapi bila dah lepas kamera tu,,kita laju balik.Kan?

Kenapa kita slowdown?
Kerana kelajuan kita DIPErHATIKAN

Itulah TAQWA
Taqwa bg org2 beriman ialah TAHU dan sentiasa merasakan Allah sedang MemPERHATIKAN
(God conciousness)

Allah sebut tentang Taqwa dalam Quran hampir 200 kali, kenapa ye?

Masa kita kecik2 dulu, mak ayah slalu suruh buat homework. Banyak kali suruh, kenapa?
Kerana homework tu penting, tapi kita TAK BUAT. Kita TAKNAK buat

Dan kerana itulah Taqwa diulang berkali-kali

Jika kita bandingkn dgn Ramadhan, berapa kali Allah suruh kita puasa masa bulan Ramadhan?
Sekali je. (2:183)
Kenapa?

Sebab semua org boleh buat. Perompak, pencuri, gangster, pembunuh..semua orang boleh puasa.
Allah hanya perlu perintahkan sekali je, manusia boleh buat.

Tapi 'Taqwa' Allah kena perintahkan hampir 200 kali supaya manusia buat.

"Wahai org2 beriman! Diwajibkan keatas kamu puasa sebagaimana diwajibkan keatas org2 sebelum kamu, AGAR KAMU BERTAQWA"

Jadi,,,,,
apa hubungan Ramadhan dan Taqwa?
Apa hubungannya kita Tidak Makan dan Minum dengan mencapai Taqwa?
Apa hubungannya tidak makn dn minum (fizikal) dgn sesuatu yg spiritual sprti Taqwa?
Macamana dari sesuatu yg fizikal kita boleh dpt sesuatu yg spiritual?

Abu Dzar alghiffari pernah ditanya;
" apakah 3 perkara yg paling engkau cintai didunia ni"
Lihat apa jawapan beliau
" aku mencintai KESAKITAN, LAPAR dan MATi..
Kerana bila aku sAKIT, dosaku jatuh berguguran
Kerana bila aku lapar, hatiku menjadi dekat kepada Allah
Kerana bila aku mati, aku bertemu Penciptaku"

Kerana itu....
Ramadhan kita adalah untuk mengejar Taqwa;)


Semoga semua dpt ibrah.hee
Semoga semua dapat senyum lebar lps baca ni
Semoga semua dapat bangun
Dan trus berlari...

Siraj'13

Saturday, July 13, 2013

Masalah SAYA...

Sesungguhnya membuat keputusan merupakan aktivit utama dalam kehidupan;biarpun ramai yang cuba mengelak.Mengapa ramai tidak suka membuat keputusan?Kerana membuat keputusan memerlukan kita berfikir.dan berfikir itu adalah kerja yang berat.Akhirnya ramai yang mengambil keputusan bertangguh.Sedangkan tidak membuat keputusan juga satu keputusan...

Tanpa disedari sebenarnya kita membuat beratus keputusan stp hari.Bermula dr keputusan mahu bangun pukul berapa,mahu tidur pukul berapa serta berapa lama mahu tidur,juga merupakan satu keputusan.Sekali lagi tidak membuat keputusan juga satu keputusan.
Apabila kita tidak membuat keputusan secara automatic kita rela menyerahkan kuasa memilih kepada ‘keadaan’.Meraka yang mempunyai sifat begini tidak ada tujuan jelas di  dalam hidupnya.Dan ini lah juga golongan terbesar di dalam masyarakat.Ungkapan yang sering mereka ucapakan…”tengoklah keadaan dulu”…..Hujungnya memang orang begini akan benar2 bergantung kepada keadaan dalam membuat keputusan.

APAKAH cara yang paling berkesan dalam membuat keputusan?Iaitu cara membuat yang mampu membuat jiwa tenteram dan fikiran tenang?Orang beriman yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan.Mereka bertanggungjawab kepda keputusan yang dibuat bukanlah secara melulu sahaja,tetapi mempunya tertibnya.Ada strateginya…

STRATEGINYA adalah membuat solat istikharah setiap kali mahu membuat keputusan.Terutamanya keputusan yang penting.
Siapakah yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan?Tiada yang tahu kerana ia hal ghaib.Apa itu masa hadapan?Jika skrg jam 9.00 pagi.9.01 juga merupakan masa hadapan.Sesungguhnya tiada siapa akan tahu apa yang akan berlaku esok hari kecuali ALLAH…
Setelah ditimbang2 menggunakan kekuatan akal,tunaikanlah solat istikharah mohon petunjuk dari Allah.Strategi ini ramai yang sudah maklum Cuma ia lebih popular dikalangan memilih jodoh shj…
Solat istikharah blh dilakukan untuk apa sahaja keadaan ;kecil atau besar..
BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA SOLAT ISTIKHARAH?
BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI…



Air yang tidak mengalir(statik)akan merosakkan air tersebut.Pemuda yang banyak masa kosong(tidak dinamik) akan dibunuh dengan masa kosong itu-PEPATAH ARAB




CUTI NIE:
·       Byk pulak tidur,betullah anak2 ni merupakan ujian,bila saya jaga adik yang bongsu,saya lalai dari membaca Quran yang selalunya menjadi amalan setiap malam di usim….teringat kata prof J..”saya nasihat better awak kawin lepas belajar kecuali awak ada parents support yang kuat mcm senior2 awak tu,sbb tu diorg x de masalah bila ada anak”…***saya pun rasa x de masalah kot..hahaha
·       Bila jaga adik kecil ni baru tahu susahnya ibu bapa kita nak membesarkan kita
·       Buka fb pun jarang je sbb masa rehat untuk TIDUR
·       Apapun untuk pilihanraya kecil di daerah kampung yg permai ni..x tahu nk sokong sape sbb calon kerajaan merupakan waris saya…haha...untuk mengelakkan mana2 pihak terLUKA,baik saya jadi neutral je…….
·       SABTU  ni muet,,stdy pun main2 je


Wednesday, July 10, 2013

We Will Win!!


assalamualaikum, my lovely tautan hati ^__^

how is it going?
your fasting day..
is it just the same as before? or it is more outstanding compared to last year's?

emm..
as for myself.. i find it difficult to feel the awesomeness of fasting this year :'(

yesterday,
the 1st day of ramadhan,

guess what?
i started reading quran after zuhr prayer...and i perform zuhr prayer late..very late :'(

i asked myself..why i am being like this??
i got no answer

suddenly i remembered that i've once said
"dont think too much..just do it!"
take the quran, and read it!

then,alhamdulillah..
my heart started to feel lighter and better i guess :')

but, this morning, the laziness that haunted me yesterday came back..
i dont know what to do
so, i watched tv, but it do not make me feel any better

untill i switched to tv al-hijrah
ust Taha..he was sharing about '700 multiplies' that Allah mentioned in the quran

during ramadhan,we can get many rewards and most importantly,
it will be multiplied 700 times with just 1 good deed 
and of course so long as we have GOOD INTENTION doing it..

after that, i listened to Nouman's lecture
'fasting without TAQWA?shoker!'
do take a look at this inspiring video on youtube!

after all,
the most important the thing that i got and i would want to grasp it tight till the end of ramadhan is

"during ramadhan, your body is getting weaker
but your heart becomes stronger"

yes!
this is what i need to do in this training camp!
to train my heart to be the strongest organ!
so that it can fight against my throat, my stomach, my tongue, my eyes and my desires

"when the training goes on, our body start to adapt, things will get easier"

there is an analogy,
there were two man who went to a camp to become a soldier;
they have to reach to the other side of the wall,
Abu jumped over the wall 10 times everyday
while Ali walked around the wall 10 times everyday
just like i mentioned before,

"when the training goes on, the body start to adapt, things will get easier"

so,
during the real battlefield, 
guess which one of them will win?
yes, surely Abu will win! 

my dear,
ramadhan is a TRAINING month,
after ramadhan, syaitan is freed from the chains again,
and only than the REAL BATTLE is going to start!

come on, tautan hati!
lets make the best of ramadhan,
so when the real battle starts, we are going to win it!

yosh ^0^



lots of love,
melor'13
"i will make sure that my heart will win at the battlefield!"