Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Hello gadis-gadis comel dan jejaka-jejaka kacak sekalian. *cewah mcm ramai je follower. Apa khabar? Macam mana puasa korang. Semoga dipenuhi barakah.
" Barang siapa yang mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari - Muslim)
Alhamdulillah kita masih lagi sempat jumpa bulan Ramadhan kali ini. Saya rasa sangat bersyukur sbb kali ini saya dpt dibukakan mata sebeliak-beliaknya tentang betapa istimewanya Ramadhan. Sebelum ini, bila cikgu cakap atau kawan-kawan bagitahu saya " Murid-murid semua, kita dah nak masuk bulan Ramadhan ni, harap dapat menghidupkankan Ramadhan ( kat sekolah panggil Ihya' Ramadhan taksilap ) kerana Ramadhan adalah bulan yang mulia ". Saya pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. " Ok fine Ramadhan bulan mulia, lalalalala" lepas tu sambung gossip dengan kawan.
Tapi alhamdulillah haritu saya ada dengar tazkirah lepas maghrib tentang persediaan menghadapi Ramadhan dan jugak dia punya keistimewaan. Rasanya semua orang dah tahu Ramadhan ni bulan kat mana pahala tengah ada sale besar-besaran. Segala kebaikan digandakan pahala. Semua orang dah tahu kan. saya pun rasanya dah pernah dengar. Tapi kenapa entahlah malam tu saya rasa terpukul dan tertampar sebab macam tak pernah tahu pun.Tak tahu pun yang bulan Ramadhan ni pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Sedihnya. Sedih.
Ramadhan bulan mulia. MULIA!
![]() |
| kalau sogo buat sale besar-besaran mesti semua orang berebut-rebut nak beli |
Alhamdulillah alhamdulillah. Sekarang saya tengah cuba nak tingkatkan amalan saya. Maaflah saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Kalau dulu lepas buka puasa perut pun kenyang then lepas tu mulalah malas nak sembahyang terawih. Malas sangat even syaitan dh kena ikat pun nafsu tak dapat nak kawal. Tapi sekarang alhamdulillah saya try ikut mak terawih dekat masjid.
Daripada Abu Hurairah Ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Sesiapa yang mendirikan solat ( Tarawih ) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Muslim)
Tapi bila saya baca balik hadis tu " dengan penuh keimanan dan keikhlasan " cukup ikhlas ke saya ni dalam melakukan ibadah. Macam mana nak jadi ikhlas ye? Bukan ke ikhlas tu tak mengharapkan balasan. Tapi kalau mengharap pahala tu dah tak ikhlas ke. Macam mana ye?
Hmmmm
Pastu saya ada tengok video ni. Rasanya semua orang dah pernah tengok.
"Never waste a single night of Ramadhan. After Ishya' Before Fajr, Except that you will pray at night which is recommended, bonus prayer, so we can achieve that reward. In Sha Allah "
Setiap malam saya cuba untuk bangun Qiamullail. Tapi setiap kali alarm bunyi je saya tekan SNOOZE! Wuaaaaa! Sedihnya dah berapa malam saya rugi, saya bazirkan. Saya tak pernah berjaya. Kenapa ye? Mungkin saya tak cukup ikhlas nak bangun malam. Hmm Ikhlas?
Kadang-kadang rasa takut sangat jika amalan yang kita buat selama ni tak diterima Allah oleh kerana niat nak menunjuk, rasa nak tunjuk diri ni hebat walhal sebenarnya kita ini manusia biasa yang hina sedangkan segala nikmat datang daripada Allah.
Tetapi yang pastinya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersirat di dalam hati saya dan hati awak semua sama ada hati kita ikhlas atau bosan dalam beribadah
.
"Ikhlas diibaratkan sebagai seekor semut diatas batu yang gelap pada malam yang gelap di bawah cahaya bulan yang kelam. Ia sukar dilihat sukat dicari dan sukar dinilai. Hanya tuhan sajalah yang mampu menilai keikhlasan dalam diri kita. "
In Shaa Allah kita semua dapat mencuci dosa-dosa kita yang lalu. Semoga kita semua terus mencari keikhlasan dalam diri dan sentiasa berTAQWA.
Wallahualam.
Bunga.


No comments:
Post a Comment