Tanpa disedari sebenarnya kita membuat beratus keputusan stp hari.Bermula dr keputusan mahu bangun pukul berapa,mahu tidur pukul berapa serta berapa lama mahu tidur,juga merupakan satu keputusan.Sekali lagi tidak membuat keputusan juga satu keputusan.
Apabila kita tidak membuat keputusan secara automatic kita rela menyerahkan kuasa memilih kepada ‘keadaan’.Meraka yang mempunyai sifat begini tidak ada tujuan jelas di dalam hidupnya.Dan ini lah juga golongan terbesar di dalam masyarakat.Ungkapan yang sering mereka ucapakan…”tengoklah keadaan dulu”…..Hujungnya memang orang begini akan benar2 bergantung kepada keadaan dalam membuat keputusan.
APAKAH cara yang paling berkesan dalam membuat keputusan?Iaitu cara membuat yang mampu membuat jiwa tenteram dan fikiran tenang?Orang beriman yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan.Mereka bertanggungjawab kepda keputusan yang dibuat bukanlah secara melulu sahaja,tetapi mempunya tertibnya.Ada strateginya…
STRATEGINYA adalah membuat solat istikharah setiap kali mahu membuat keputusan.Terutamanya keputusan yang penting.
Siapakah yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan?Tiada yang tahu kerana ia hal ghaib.Apa itu masa hadapan?Jika skrg jam 9.00 pagi.9.01 juga merupakan masa hadapan.Sesungguhnya tiada siapa akan tahu apa yang akan berlaku esok hari kecuali ALLAH…
Setelah ditimbang2 menggunakan kekuatan akal,tunaikanlah solat istikharah mohon petunjuk dari Allah.Strategi ini ramai yang sudah maklum Cuma ia lebih popular dikalangan memilih jodoh shj…
Solat istikharah blh dilakukan untuk apa sahaja keadaan ;kecil atau besar..
BILAKAH KALI TERAKHIR ANDA SOLAT ISTIKHARAH?
BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI…
Air yang tidak mengalir(statik)akan merosakkan air tersebut.Pemuda yang banyak masa kosong(tidak dinamik) akan dibunuh dengan masa kosong itu-PEPATAH ARAB
CUTI NIE:
· Byk pulak tidur,betullah anak2 ni merupakan ujian,bila saya jaga adik yang bongsu,saya lalai dari membaca Quran yang selalunya menjadi amalan setiap malam di usim….teringat kata prof J..”saya nasihat better awak kawin lepas belajar kecuali awak ada parents support yang kuat mcm senior2 awak tu,sbb tu diorg x de masalah bila ada anak”…***saya pun rasa x de masalah kot..hahaha
· Bila jaga adik kecil ni baru tahu susahnya ibu bapa kita nak membesarkan kita
· Buka fb pun jarang je sbb masa rehat untuk TIDUR
· Apapun untuk pilihanraya kecil di daerah kampung yg permai ni..x tahu nk sokong sape sbb calon kerajaan merupakan waris saya…haha...untuk mengelakkan mana2 pihak terLUKA,baik saya jadi neutral je…….
· SABTU ni muet,,stdy pun main2 je
ni aina?
ReplyDelete