Monday, July 15, 2013

Daripada Dihina Jadi Mulia

Saya diizinkan Allah untuk melihat skrip hidup seorang penagih dadah tegar.Saya mendengar dari mulutnya sendiri bahawa sepanjang hidupnya hanya sempat bekerja selama 3 bulan shj.Katanya dia tinggal sebatang kara…umurnya kini sudah melepasi 50 tahun…Sepanjang berpuluh tahun kehidupannya itu,dirinya tidak ubah seperti haiwan.Begitulah luahannya.Dia tidak kenal apa erti milik orang.Semua seolah2 miliknya sendiri.Semuanya untuk memenuhi tuntutan nafsu terhadap najis dadah.Pelbagai dosa kecil dosa besar telah dilakukannya..Keluar masuk pusat pemulihan berkali2 namun hidupnya masih begitu…

Sehinggalah satu hari dia ditakdirkan bertemu dgn ustaz.Bersama ustaz tersebut dia dibimbing untuk mengutamakan  solat.Maka berlatihlah dia menunaikan  solat pada waktunya,khususnya secara berjemaah di masjid dan surau…

Kekuatan jiwanya kian meningkat sehingga mampu berpuasa sunat tiga bulan berturut2,iaitu Rejab,Syaaban dan Ramadhan.Bukan kekuatan jiwanya sahaja yang meningkat malah rezekinya juga begitu.Kini dia dilantik menjadi siak di sebuah surau.Diberi pula sebuah bilik dengan keperluan asasnya dan juga menerima sejumlah wang stp bulan daripada  baitulmal..Namanya kini harum sebagai orang yang boleh dipercayai.Semua ini berlaku dalam tempoh masa yang sangat singkat….

BETAPA MUDAHNYA ALLAH MEMULIAKAN SESEORANG DENGAN SEBAB TAKWA

Dari saya:aishah  





1 comment:

  1. :')

    aishah nti boleh la cerita mengenai srikandi 'aishah' pula
    _melor_

    ReplyDelete